Kisah Si Puteri:Kami Puteri Hebat

RM25.00

Puteri Arabella kecewa tidak mendapat keputusan cemerlang seperti yang diharapkan dalam peperiksaan…

love it, share it

pinterest google

Product Description

Puteri Arabella kecewa tidak mendapat keputusan cemerlang seperti yang diharapkan dalam peperiksaan. Dia kecewa kerana sebagai puteri raja dia merasakan tidak sepatutnya perkara itu berlaku. Mampukah Puteri Arabella bangkit dan cemerlang dalam pelajaran?

Orang lain pasti gembira apabila dilantik menjadi pengerusi kelab sukan dan reaksi sekolah. Namun tidak Puteri Farisya.  Dia bimbang tidak dapat memikul tanggungjawab itu.

Puteri Dian Adelia
semakin gembira bertemankan Izyan, rakan baiknya. Namun, tiba-tiba Izyan berubah. Dia dengan sengaja tidak menjawab walau satu pun soalan kuiz matematik.  Mengapa Izyan bertindak begitu? Dapatkah Puteri Dian Adelia membantu rakannya itu?

Puteri Qiara kehilangan nenda tercinta yang kembali ke pangkuan Ilahi. Masih berdukacita dengan kehilangan itu, Dolly monyet kesayangannya pula tiba-tiba jatuh sakit. Mampukah Puteri Qiara memujuk hati supaya reda dan tabah menghadapi dugaan Tuhan yang datang bertimpa-timpa?

Puteri Humaira
tinggal berdua dengan Mak Cik Zainab kerana bondanya perlu berada di Istana Ahmar bagi menyelesaikan urusan negara. Mak Cik Zainab pula jatuh sakit. Buat pertama kalinya Puteri Humaira akan ke dapur, memasak buur untuk Mak Cik Zainab. Mampukah Puteri Humaira menunjukkan kehebatan sebagai tukang masak?

Additional Information

Weight 0.355 kg
Dimensions 17.5 x 25 cm

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Kisah Si Puteri:Kami Puteri Hebat”