Kisah Si Puteri : Apron Merah Jambu

RM18.00

Ini kisah lima puteri dengan hobi masing-masing. Ada yang memang sudah ada hobi. Ada yang masih mencari-cari apa itu hobi.

love it, share it

pinterest google

Product Description

Ini kisah lima puteri dengan hobi masing-masing. Ada yang memang sudah ada hobi. Ada yang masih mencari-cari apa itu hobi.

Puteri Arabella baru ditanya oleh bondanya berkenaan hobi. Pening juga kepalanya mahu mencari apa yang disukainya. Rupa-rupanya Puteri Arabella tidak ada hobi.

Tidak mahu terus dikatakan pelik, Puteri Dian Adelia berusaha mencari hobi. Puteri D yang gemar tidur sejak akhir-akhir ini merasakan itu bukanlah sesuatu yang sesuai dipanggil hobi.

Tanpa mengira keadaan kesihatan yang kurang memuaskan, Puteri Farisya tetap mahu turun berlatih badminton. Dia tidak mahu tertinggal latihan walaupun sehari.

Tertarik melihat Tiara membantu ibunya membuat mufin, Puteri Qaira mula belajar membuat mufin. Semenjak itu, Puteri Qaira tahu, apa yang patut dilakukan pada masa lapang.

Hobi baru Puteri Humaira, bukan sahaja memberi kebaikan kepadanya. Malahan rakyat jelata juga menerima tempias daripada hobinya itu.

Additional Information

Weight 0.255 kg
Dimensions 17.5 x 25 cm

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Kisah Si Puteri : Apron Merah Jambu”