Anis Si Ratu Payung

RM9.90

Mengisahkan Anis yang mempunyai hobi mengumpul payung sebagai koleksi peribadinya.

SKU: 978-967-401-057-7. Category: , , . Tags: , .

love it, share it

pinterest google

Product Description

Payung-payung Anis terdiri daripada pelbagai jenis, corak, dan warna. Ada yang berbentuk seperti seperti pedang samurai, payung yang bercahaya dalam gelap, payung yang kecil apabila dilipat tetapi besar apabila dibuka. Ke mana sahaja Anis pergi, dia pasti membawa payungnya bersama walaupun ketika hari tidak hujan. Anis sangat sayangkan payung-payungnya sehinggakan sepupunya dimarahi dengan teruk sewaktu merosakkan payungnya secara tidak sengaja.

Anis juga menggunakan payungnya bagi menolong orang. Sebagai contoh, semasa menjalani perkhemahan di hutan, Anis membawa payungnya yang bercahaya dalam gelap. Pada suatu ketika, mereka dikejar anjing, Anis menggunakan bagi menghalau anjing itu. Anis berasa gembira kerana dapat menolong kawan-kawannya yang berada dalam kesusahan.

Pada hari keusahawanan, Anis bersetuju mendermakan payung-payungnya. Kawan-kawannya begitu terkejut kerana tidak menyangka Anis sanggup mengorbankan payung-payungnya. Anis fikir dia akan menyesal berbuat begitu, sebaliknya dia berasa bahagia kerana dapat menolong orang lain. Malah lebih bahagia berbanding sewaktu dia menolong kawan-kawannya selama ini. Akhirnya Anis mendapat satu pengajaran – kadang-kadang mengorbankan sesuatu untuk sesuatu yang lebih baik itu lebih membahagiakan.

Additional Information

Weight 0.13 kg
Dimensions 12.7 x 19.05 cm
Shipping Class

Sabah & Sarawak, Semenanjung

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Anis Si Ratu Payung”